PENDAHULUAN
Pengurusan Hal
Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (f)
bertanggungjawab dan memberi sepenuh komitmen terhadap murid khususnya
dari 4 aspek:
1) Peningkatan
akhlak dan sahsiah serta ketrampilan murid
2)
Penurunan kes-kes disiplin sama ada
kes ringan, kes sederhana dan kes berat
3)
Membantu di dalam kebajikan dan
keperluan murid melalui pelbagai bantuan yang berkaitan
4) Mewujudkan
sekolah yang kondusif melalui pembangunan dan fizikal sekolah
Kejayaan
cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah
menguruskan 4 aspek di atas melalui pelbagai aktiviti dan program yang
dirancang serta ianya perlu mendapat komitmen dan kerjasama yang baik dari
Sarana Ibu bapa.
Atas dasar ini
Unit JK Hem yang dibentuk telah merancang dan akan melaksanakan pelbagai
aktiviti dan program bagi mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang
erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan Visi dan Misi sekolah
ini.
MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
- Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid
supaya murid
berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan
dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan
kebolehan ke tahap maksima bagi menyuburkan potensi kepimpinan. - Membantu di dalam sikap dan disiplin murid serta
mengubah pandangan dan persepsi murid terhadap sekolah dan kepentingan
sekolah. Juga menerapkan nilai-nilai murni supaya ianya menjadi amalan
yang rutin di dalam kehidupan seharian.
- Mengesan dan menyalurkan pelbagai bantuan berkaitan
kepada murid-murid mengikut kelayakan dan keperluan
- Peningkatan di dalam keselamatan sekolah dan menjadikan
ianya kondusif dari segi kemudahan dan kebersihan agar murid seronok untuk
datang ke sekolah.
OBJEKTIF
- Memahami
konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
- Menghasilkan Program-program Hal Ehwal Murid yang dapat
membantu pencapaian 4 aspek yang ditetapkan.
- Menyediakan dan memupuk murid untuk mencapai 6 Aspirasi Murid.


No comments:
Post a Comment